Wednesday, May 25, 2011

Hukum beli emas secara ansuran

Alhamdulillah...dapat hubungi Jakim bahagian fatwa....di maklumkan...belian emas secara ansuran adalah RIBA
Belian emas secara arrahu adalah HARUS dan RIBA (mengikut kaedah )
(kaedah pertama membeli emas dgn duit pajakkan emas sendiri)
HARUS pada syarak jika dipajak emas yg asalnya milik dimana emas yang dipajak adalah milikan 100% kemudian duit itu dibeli emas...ini hukumnya HARUS pada syarak

(kaedah kedua belian emas 35% 65%)
HARAM (RIBA) jika emas yang dipajak adalah bukan 100% milik pemajak...iaitu harga emas ditentukan oleh penjual mengikut nilai marhun dan pembeli hanya perlu membayar 35% dari nilai marhun manakala selebihnya diambil dari pinjaman yg diberikan dari pajakkan emas tadi
hujahnya adalah didalam 1 urusniaga ada boleh ada 1 akad

alhamdulillah sekarang telah sah dan benar kaedah belian emas 35%:65% adalah HARAM berunsur RIBA

pihak Jakim mengiktiraf pendapat ustaz zaharruddin kerana beliau memiliki ilmu dalam muamalad jika tak puas hati sila hubungi

Bahagian Pengurusan Fatwa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
W.P Putrajaya
No. Tel : 03-8886 4000

minta disambungkan ke bahagian fatwa...

alhamdulillah...rasa ringgan sikit otak aku..tenang rasanya dihati
khas kepada anda...dari saya

credit to: Mohd Hasfarizan Md Hashim

Monday, May 16, 2011

Pengumuman: Ar-Rahnu Agro Bank membekukan pajak gadai gold bar dan dinar

Kepada kaki pajak gadai, ini berita buruk buat anda.
Kini anda tidak boleh lagi memanipulasi stok emas anda dengan pajak gadai ar-rahnu.
Marilah kita balik ke pangkal jalan. Simpan emas sebagai pelaburan dan simpanan.
Bukan buat duit atas angin pakai duit pajakan ar-rahnu.

Untuk makluman Agrobank telah memberhentikan gadaian berbentuk goldbar dan wafer mulai 16hb Mei 2011

Monday, May 9, 2011

Malaysia Latest BLR rate

No.
Banking Institution Effective Fr. BLR (% p.a.) Home Loan
1 Affin Bank Berhad 13/07/2010 6.30 more info
2 Alliance Bank Malaysia Berhad 13/07/2010 6.30 more info
3 AmBank (M) Berhad 13/07/2010 6.30 more info
4 Bangkok Bank Berhad 14/07/2010 6.30 more info
5 Bank of America Malaysia Berhad 13/07/2010 6.30 more info
6 Bank of China (Malaysia) Berhad 14/07/2010 6.30 more info
7 Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad 11/05/2011 6.25 more info
8 CIMB Bank Berhad 13/07/2010 6.30 more info
9 Citibank Berhad 13/07/2010 6.30 more info
10 Deutsche Bank (Malaysia) Berhad 15/07/2010 6.30 more info
11 EON Bank Berhad 14/07/2010 6.30 more info
12 Hong Leong Bank Berhad 14/07/2010 6.30 more info
13 HSBC Bank Malaysia Berhad 13/07/2010 6.30 more info
14 J.P. Morgan Chase Bank Berhad 15/07/2010 6.20 more info
15 Malayan Banking Berhad 13/07/2010 6.30 more info
16 OCBC Bank (Malaysia) Berhad 13/07/2010 6.30 more info
17 Public Bank Berhad 11/05/2011 6.60 more info
18 RHB Bank Berhad 13/07/2010 6.30 more info
19 Standard Chartered Bank Malaysia Berhad 13/07/2010 6.30 more info
20 The Bank of Nova Scotia Berhad 14/07/2010 6.30 more info
21 The Royal Bank of Scotland Berhad 15/07/2010 6.00 more info
22 Bank Simpanan National Berhad (BSN) 15/07/2010 6.30 more info
23 Bank Rakyat Berhad 15/07/2010 6.30 more info
24 Bank Muamalat Malaysia Berhad 13/07/2010 6.35* more info
25 ICBC (Malaysia) Berhad 15/07/2010 6.30 more info
26 Bank Islam Malaysia Berhad 13/07/2010 6.30* more info
27 United Overseas Bank (Malaysia) Berhad 13/07/2010 6.30 more info
28 Al-Rajhi Bank (Malaysia) Berhad 13/07/2010 6.30* more info
Source : Bank Negara Malaysia
Last updated: 09/05/2011
 * Base Financing Rate (BFR)

Monday, May 2, 2011

Alahaiii

Sunday, May 1, 2011

Hutang menggalakkan kekufuran

KEADAAN umat Islam semakin memilukan apabila aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini. Ia mungkin tidak pelik bagi yang tidak berkemampuan, tetapi menjadi kaedah dan teknik terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.

Maka lahirlah ramai individu yang mampu membuat pembayaran secara tunai tetapi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah, iaitu jika membayar secara tunai mereka akan rugi.

Ini satu fenomena kurang sihat, tapi dianggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat mengenai bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramai peminjam enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta dan syarikat mereka hingga ada yang lebih rela diisytiharkan muflis asalkan tidak perlu membayar hutang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.


Minggu ini, sama-sama kita pelajari pandangan Islam dalam hal hutang. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim, 6/38)




Lebih buruk lagi, ada individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana sabda Rasulullah: “Barang siapa meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya.” (Riwayat Al-Bukhari, 2/83)

Baginda kerap mengajar umat Islam supaya berdoa dilepaskan daripada hutang: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu baginda ditanya: “Mengapa engkau sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Riwayat Al-Bukhar, 1/214)

Ada juga dalam sebuah hadis lain, ertinya: “Ya Allah, aku berlindung daripada kekufuran dan hutang.” Mendengar itu, seseorang bertanya, “Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang, wahai Rasulullah?” “Benar,” jawab Rasulullah. (Riwayat An-Nasaie, 2/316; Ahmad 3/38; Al-Hakim berkata sahih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani: Dhoif)

Ini jelas aktiviti berhutang kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh.



Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan. Ia seperti berikut:

1. Kad kredit: Jauhkan diri daripada menggunakan kad kredit. Selain isu riba yang hampir dengan kad kredit, ia menggalakkan hutang secara berlebihan. Malah, jika seseorang ingin menggunakannya, dinasihatkan supaya digunakan untuk memudahkan urusan pada saat yang benar-benar terdesak. Adalah lebih baik menggunakan ‘charge card’ atau ‘debit card’ saja. Jauhkan diri daripada ketagihan penggunaan kad kredit.

2. Pinjaman peribadi: Ini satu lagi produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Perlu disedari, seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional diharamkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma hari ini, ada beberapa bank Islam dan perbankan Islam menawarkan pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam.

Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep ‘bai inah’ (jual dan beli semula antara dua pihak sama). Konsep ini sangat kontroversi dan ditolak kebanyakan ulama Timur Tengah, namun ia diterima ulama Malaysia dan Brunei.

Apapun, kebiasaannya kadar dikenakan tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang sangat mendesak perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.

3. Perumahan dan kereta: Dua item ini mungkin keperluan asas bagi kebanyakan individu. Bagi saya, seelok-eloknya hutang peribadi kita dihadkan kepada dua jenis ini saja. Itupun mesti menilai kemampuan kewangan dengan sebaik-baiknya supaya tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional disepakati haram oleh seluruh ulama dunia.

4. Umrah dan haji sunat (kali kedua): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan daripada segi fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanya sekali. Justeru, umat Islam perlu memahami keutamaan atau ‘awlawiyyat’ di dalam pengendalian wang peribadi.

Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukkan untuk ke umrah dan haji kali kedua lebih baik dan besar pahalanya jika disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi.

Malangnya, ketidakfahaman umat Islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons