Thursday, December 30, 2010

Produk Baru Public Gold

Nantikan kemunculan gold bar 250gram

Thursday, December 9, 2010

Last Call

Wednesday, December 8, 2010

New MFG Dealer

Welcome on board new dealer!!


Shahrin
017-2880275
Klang/Shah Alam/Cyberjaya/Putrajaya

Sunday, November 28, 2010

Hilangnya Dinar dan Dirham dari Arab Saudi

Hilangnya dinar dan dirham dari Arab Saudi

Ramai yang suka bertanya: mengapa Pemerintah Arab Saudi memakai wang riyal kertas, dan bukan Dinar dan Dirham? Ini sebahagian dari jawapannya.

Untuk menjawab pertanyaan mengapa Saudi Arabia memakai wang kertas riyal, dan bukan Dinar emas dan Dirham perak, kita perlu mengetahui kedudukan kerajaan ini. Pada mulanya wilayah Hijaz adalah sebahagian dari Daulah Utsmaniah yang, tentu sahaja, menggunakan Dinar emas dan Dirham perak sebagai mata wangnya. Pada pertengahan abad ke-18, sebuah amirat lokal, dipimpin oleh amirnya, Muhammad ibn Sa'ud (meninggal 1765), menguasai suatu desa yang kering dan miskin, Dariyah. kegiatannya yang selalu membuat onak, dan mengganggu jamaah haji, kelompok Al Sa'ud terus-menerus dalam konflik dengan pemerintahan Utsmaniah. Mereka mendapat bantuan dari Kerajaan British.

Pada tahun 1924, Parlimen Turki melalui Kamal Artarturk telah mengistiharkan bahawa Khilafiah Othmaniah sudah berakhir dan mengistiharkan penubuhan Republik Turki. Undang - undang shariah pada masa yang sama digantikan dengan undang - undang sekular.Empat hari selepas pengistiharan tersebut, Sharif Hussain yang menjadi penjaga haramain wilayah Othmaniah selama ini mengistiharkan dirinya sebagai Khalifah. 
Salah satu mata rantai awal pemberontakan ini sendiri, adalah Amir di Najd waktu itu, Abdullah Ibn Sa'ud, berhasil ditangkap dan akhirnya dipancung di depan istana Topkapi, di Istanbul, setelah diadili dan dinyatakan sebagai seorang zindiq, pada 1818.

Pada 13 Oktober dan 5 Disember tahun 1924, Abdul Aziz bin Saud telah menawan Kota Mekah dan Madinah. Jeddah di awal tahun 1925. Pada tahun 1925 juga, di bulan Desember, Ibn Sa`ud menyatakan diri sebagai Raja Hijaz, dan pada awal Januari 1926 ia menjadi Raja Hijaz dan Sultan Najd dan daerah-daerah bawahannya. Untuk pertama kali , empat wilayah penting di Jazirah Arabia, yaitu Najd, Hijaz, `Asir, dan Hasa, kembali berada di tangan kekuasaan suku Saud. Pada tahun 1932, Ibn Saud telah berhasil menyatukan apa yang sekarang dikenal sebagai Kerajaan Saudi Arabia.

Sebuah bank asing ditubuhkan di Jiddah pada tahun1926, tetapi kepentingannya sangat kecil. Bank-bank asing dan tempatan telah terbentuk apabilai pendapatan minyak mula  meningkat. Perniagaan mereka mengandungi kebanyakannya membuat memberi pinjaman jangka pendek, membiayai import, dagangan perdagangan, dan syarikat-syarikat yang memenuhi keperluan jemaah-jemaah haji.

Meninggalkan Muamalat

Sejak awal, Pemerintahan Saudi Arabia, merupakan sekutu Barat (bermula dengan British, kemudian Amerika Syarikat), dan menjadi semakin erat dengan penemuan minyak pada tahun 1950-an. Beroperasinya perusahaan minyak raksasa (Aramco = Arabian-American Oil Company) dengan markas besarnya di Dahran, di tempat yang sama dengan Pangkalan Tentera AS (i 1946), di Hijaz, merupakan simbol dan sekaligus sumber kekuasaan Rejim Sa'ud sampai ketika ini. Semakin hari kita semakin kita ketahui Rejim Saud makin meninggalkan muamalat dan mendakap kapitalisme barat.

Raja Abdul Aziz bin Sa'ud, pengasas Saudi Arabia, berkuasa penuh mulai tahun 1926 sampai 1953. Pada mulanya, setelah memasuki Mekkah (8 Jumadil Ula 1343 H), beliau menolak  wang kertas di wilayahnya, setelah memusnahkan wang kertas lira Turki sekular yang beredar di Haramain. Pada masa pemerintahannya, jamaah haji dari penjuru dunia menggunakan belbagai jenis koin emas dan perak dari negara masing-masing. Namun koin dinar Hashimi dan riyal perak Austria - Maria Theresa, juga riyal perak Hijaz yang paling popular di sana.

Maka, pada tahun 1950-an, adat kisah Raja Abdul Aziz yang selalu membawa harta kerajaan yang berupa koin emas-perak kemanapun dia pergi bagaikan orang kolot dan primitif. Namun setelah dia wafat, penggantinya, Raja Sa'ud bin Abdul Aziz (1953-1964), bersikap lain. Sejak ia berkuasa, dengan bantuan teknikal Amerika Syarikat pada tahun 1952 Arab Saudi Monetary Agency (SAMA)  ditubuhkan dan menerbitkan wang kertas riyal pada tahun 1961 melalui Dekrit Kerajaan 1.7. 1379 H, dalam pecahan 1 - 100 riyal.

Raja tergiur menerbitkan wang kertas kerana lebih menguntungkan daripada mencetak koin-koin riyal perak. Idea wang kertas diambil dari usaha SAMA atas penerbitan wang kertas resit yang berjalan dalam percubaan (trial)  pada musim haji sepanjang tahun 1953-1957. Dengan menerbitkan Haj Pilgrim Receipt dalam satuan riyal perak, SAMA mulai menarik semua jenis koin emas dan perak yang beredar di Haramain. Para jamaah haji dari luar negera pun diwajibkan menukarkan koin emas perak yang mereka bawa.


Lihat apa yang ditulis dibawah ... THE SAUDI ARABIAN MONETARY AGENCY HOLDS IN ITS VAULT TEN RIYAL AT THE DISPOSAL OF THE BEARER OF THIS FULLY NEGIOTABLE RECIEPT ....

Setelah populer, kupon haji itu pun kemudian dinyatakan tidak berlaku lagi sejak Oktober 1963 dan akhirya tanggal 20 Mac 1964, diganti dengan wang kertas riyal.


10 Riyal 1968 – Tiada lagi sandaran Perak.

Masalahnya sejak saat itu, ONH atau BPIH (Biaya Perjalanan Ibadah Haji) wajib dibayar dalam wang kertas dolar AS, bukan dengan wang kertas riyal! Sebab Kerajaan Saudi Arabia telah menyepakati pula berlakunya perjanjian Bretton Wood (1944), yang menyatakan bahwa dolar AS adalah satu-satunya mata wang yang laku untuk transaksi internasional. Segala transaksi dengan koin dinar Hashimi dan riyal perak (1 riyal = 4 dirham), termasuk koin real Maria Theresa di batalkan oleh negara. Maka umat Islam sedunia berduka atas hilangnya mata uang syariah dinar dan dirham.

Genaplah sudah makna hadis dengan maksud berikut: "Tak seorang pun manusia yang tidak memakan riba" yang diriwayatkan oleh Abu Daud, semoga Allah merahmatinya. Dinar dan Dirham dihapuskan sampai dua kali, pertama 1914 oleh Sultan-sultan boneka sisa Daulah Utsmaniah(Turki), dan keduanya pada tahun 1964 oleh KSA tersebut di atas. Tapi para ulama belum dapat mengambil kesimpulan dari terbitnya wang kertas riyal ini, tentang status halal-haramnya wang kertas. Sampai, akhirnya, diterbitkan fatwa tentang wang kertas, pada tahun 1984, yang menyatakan bahwa wang kertas adalah halal.

Lahirlah Fatwa :  "Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (qararat wa tawsiat, Majma Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40)
Begitulah, sejarah Islam yang dapat kita ketahui, fatwa Saudi Arabia yang menghalalkan wang kertas, satu-satunya fatwa resmi dari suatu pemerintahan ("Islam") di dunia ini. Tetapi, kisah ringkas sejarah ekonomi politik Saudi Arabia sebagaimana diuraikan di atas, kiranya cukup menjelaskan mengapa Saudi Arabia menggunakan riyal kertas, dan bukan Dinar emas dan Dirham perak.
 sumber: http://www.dirham2dinar.com/

Thursday, November 4, 2010

Teknik kiraan pelaburan emas ar-rahnu



Tuesday, November 2, 2010

Welcome on board new MFG dealer!!

Selamat datang kepada dealer baru rangkai MFG

Wan Uni
013-3840250
Bangi/Kajang/Kelana Jaya/Petaling Jaya/Damansara

Monday, November 1, 2010

Duit Kertas,Inflasi dan Riba

Tonton la video ini dan fikirlah sendiri



Monday, October 18, 2010

Briefing Dengan First Timer

Saya baru balik berjumpa dengan bakal customer dari UKM. Terima kasih di atas masa yang diluangkan oleh anda.

Perbincangan berkisarkan kepada pelaburan dan kadar keuntungan. Pada permulaannya, mereka mendapat info pelaburan emas (Public Gold) ini adalah:

1.MLM (Multi-level Marketing)
2.Skim pelaburan emas
3.Akaun pelaburan emas
4.Agen Public Gold adalah sama dengan agen2 Public Mutual

Dan soalan dari mereka:

1.Jumlah pelaburan minimum
2.Keaslian emas
3.Bagaimana dapat dividen (banding dengan ASB)
4.Cara jual balik
5.Sijil
6.Kestabilan syarikat
7.Jaminan untung


Penerangan:

1. Public Gold adalah syarikat yang menjalankan perniagaan jual beli emas dan perak fizikal dalam bentuk jongkong,syiling, dan barang kemas.Public Gold tidak merekrut atau meminta agennya untuk mencari downline.Agen2 dibayar komisyen sebanyak 1.5% dalam setiap traksaksi.Ini bermakna tiada unsur2 penajaan (sponsoring) dalam melantik agen. Public Gold juga menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan jual beli emas pelaburan fizikal.



2. Kami tidak menawarkan produk dalam bentuk skim, anda bayar untuk beli emas, maka emas lah yang anda dapat, bukannya kertas atau buku akaun. Jika ianya skim pelaburan emas, pihak penganjur yang memegang emas anda dan penganjur akan membayar dividen kepada anda sama ada setiap bulan atau tahunan.Jika penganjur muflis atau melarikan diri, anda tidak dapat apa-apa. Ditekankan lagi disini bahawa Public Gold dan MyFineGold tidak menawarkan skim pelaburan emas, anda beli emas dan anda sendiri yang bertanggung jawab ke atas emas anda!

3. Public Gold tidak ada produk berupa akaun pelaburan emas. Jika anda inginkan pelaburan emas jenis ini, sila ke Maybank, Public Bank dan Kuwait Financing House untuk membuka akaun. Tapi anda harus ingat, anda bayar harga emas, tapi anda tak dapat emas (dapat buku akaun).

4.Agen Public Gold tidak sama dengan agen Public Mutual atau agen2 dari Unit Trust yang lain. Kami hanya menjual produk fizikal dari Public Gold dan bukannya menjual unit pelaburan seperti Unit Trust. Kami dibayar komisyen oleh syarikat berdasarkan prestasi jualan kami dan bukannya berdasarkan penajaan downline.

Jawapan kepada soalan:

1. Jumlah pelaburan minimum bersamaan dengan pembelian produk termurah Public Gold. 1 Dinar adalah produk termurah kami. Dengan pembelian 1 Dinar, anda telah memulakan pelaburan/simpanan anda.Anda kena ingat, anda sendiri yang memegang/menyimpan emas tersebut,bukannya kami.

2.Keaslian emas boleh dirujuk kepada sijil yang diberikan bersama produk Public Gold. Walaubagaimanapun, sijil itu boleh ditiru dan dicetak oleh sesiapa pun. Jika anda ragu-ragu dengan keaslian emas tersebut, anda boleh menguji ketulenan emas tersebut di office Public Gold sebelum anda mengambilnya atau anda boleh uji di mana-mana kedai emas berdekatan atau anda juga boleh cuba untuk megadaikan emas anda di mana-mana ar-rahnu.

3.Mengenai dividen pelaburan, ianya tidak sama dengan pembayaran dividen Unit Trust atau ASB. Keuntungan anda dikira dengan kadar kenaikan harga emas semasa. Jika anda membeli 20gram gold bar pada hari ini dengan harga RM3000, dan anda menyimpannya selama 2 tahun. Setelah 2 tahun anda dapati kenaikan harga emas telah mencapai 40%, maka anda boleh la menjualnya kembali kepada Public Gold atau kepada mana-mana agen Public Gold.Maka jumlah keuntungan anda selepas 2 tahun ialah RM1200 (40% kenaikan harga emas adalah anggaran saya, ia mungkin lebih). Pendek kata, lagi lama anda simpan,lagi besar keuntungan anda.

4.Cara jual balik emas anda sangat mudah, rujuk www.publicgold.com.my (harga WE BUY), pergi ke cawangan office Public Gold berdekatan anda dan anda di quotekan harga tersebut, dan syarikat akan membayar anda. Atau hubungi mana-mana agen, kami sedia membeli balik emas anda bila-bila masa saja.Harus diingat, beza harga jual dan harga beli Public Gold amatlah kecil (sekitar 5-6%) jika dibanding dengan kedai emas 15-25%!

5.Sijil yang dibekalkan bersama produk disahkan oleh badan independent (Assayer Office) bukannya dikeluarkan oleh Public Gold.

6.Kestabilan syarikat adalah baik, buktinya cawangannya boleh di lihat di seluruh Malaysia dan jumlah jualan emas oleh syarikat adalah sangat besar. Syarikat juga memiliki kilang emasnya sendiri di Pulau Pinang (bukan sekadar penjual emas, malah Public Gold adalah pengilang produk emas). Jika ditakdirkan Public Gold tidak lagi beroperasi, masih ramai lagi pembeli-pembeli emas persendirian di luar sana. Malah anda juga boleh menjualkan emas anda kepada Gold Exchange Company seperti Nusantara Bullion Exchange (www.nubex.com.my). Nubex bersedia membeli apa jua jenis emas tulen tak kira siapa pun pengeluarnya.Jalan terakhir menjual emas anda ialah dengan menjualkannya kepada kedai emas berdekatan anda. Emas akan sentiasa bernilai tak kira di mana jua anda berada.

7.Jaminan untung pelaburan emas ini boleh dkatakan terjamin jika anda melaburkan dalam jangka masa panjang (contohnya 1 tahun dan ke atas). Sila lihat graf harga emas di bawah:

Pengenalan Kepada Emas Pelaburan

Kepada mereka yang baru nak mengenal tentang emas pelaburan, mungkin anda mempunyai soalan2 seperti berikut:
  1. Macam mana nak tengok harga emas, sebab dalam website ada dua harga(We buy & We Sell)??
  2. Bilakah masa yang sesuai untuk kita jual emas kalau dah untung?
  3. Apa kebaikan emas Public Gold?
  4. Kalau nak jadi agen, apa kelebihannya?

Emas memang pelaburan yang baik bukan saja sekarang ni tapi sejak dulu lagi. Cuma sekarang ni saja baru kita didedahkan dengan pelaburan emas.
Pengalaman
Sebenarnya saya dulu beli emas ni hanya sebagai hobi. Dimana saya mula membeli emas dinar keluaran Public Dinar.
Utk pengetahuan anda, masa saya mula2 membeli emas harga 1 Dinar masa tu cuma RM496 pada 10 September 2010 2009
tapi kini harga emas 1 Dinar tersebut telah mencecah RM600++ (kenaikan >20%)
Masa saya beli emas 1 dinar tu saya rasa RM496 memang sgt mahal sebab kawan saya beli pada bulan 6 hanya RM460++
Tapi sebab nak jadikan sebagai hobi dan fikir emas ni pelaburan jangka pjg so saya pon beli juga.
Tp memang teruja sebab Januari 2010, harga emas 1 dinar dah naik jadi RM530++
Jadi, saya pon terus jadi agen yang mana masa nak jadi agen tu cuma RM36k++
Tapi sekarang ni nak jadi agen RM40k++ cuma untuk bulan September hingga 31 Oktober 2010 Public Gold buat promosi dengan beli emas bernilai RM20k secara automatik akan layak jadi agen (dalam 1 resit)

Harga emas
Contoh:
Dinar We Sell We Buy
1 dinar RM 612.00 RM 575.00
5 dinar RM 3047.00 RM 2879.00
10 dinar RM 6067.00 RM 5764.00
Last updated 01/10/10 12:30 PM
ok, kalau kita tengok price kat atas ni, ada harga we sell ada harga we buy
We tu merujuk kepada Public Gold

Maksudnya, kalau kita nak beli emas dari Public Gold, kita perlu lihat harga We Sell tapi kalau kita dah beli emas Public Gold ni kemudian kita nak jual balik pada Public Gold, jadi mereka akan beli balik dengan harga We Buy.
perbezaan harga we buy dan we sell adalah sebanyak 5-6%
Jadi katakan hari ni kita beli emas dengan harga RM612 untuk 1 dinar..then lepas setahun atau lepas suatu masa, kalau kita nak jual balik, kita boleh rujuk harga we buy..
kita kena pastikan harga we buy tu lebih tinggi daripada RM612 (masa kita beli mula2 dulu)

contoh katakan pada 1 oktober 2011
Dinar We Sell We Buy
1 dinar RM 812.00 RM 763.00

jadi, kalau harga dah naik macam ni, ( x semestinya setahun ) so kita tengok harga we buy tu dah naik jadi RM763, jadi kita sebenarnya dah boleh jual emas tu dan ambil untung.
Tapi semua tu bergantung kepada kita sama ada nak simpan lebih lama atau tidak..sebab lagi lama simpan lagi bagus…

Cuba kita tengok trend kenaikan emas untuk 1 tahun


ok, dari graf ni, paling rendah adalah USD1027.70/auns iaitu pada 17-19 oct 2009, tapi pada 15 Oct 2010, harganya telah mencecah usd1381.20 /auns ( lebih kurang 30% kenaikan)

cuba tengok graf untuk 10 tahun pula;


kita boleh nampak trend kenaikkan emas tu..emas ni memang ada kala harga naik adakala harga turun tapi secara keseluruhannya memang harga emas dalam trend menaik.
Menarik?? Kenapa la tak tau dari dulu kan?

Kat mana nak beli?
ok, emas public gold ni boleh dibeli di mana2 saja. sebab agen ade kat seluruh malaysia termasuk di sabah dan sarawak.
kalau nak pergi beli sendiri kat opis PG pon buleh..

kalau beli sendiri kat sana, nanti kena isi 1 borang untuk new customer, kat ruangan introducer tu boleh la tulis
Nama Introducer: Mohd Nazri Bin Mat Hassan
No Agent: A1010

Lepas da beli emas tu dengan saya sebagai introducer, kalau buleh bagitau la saya ok.
Kebaikan membeli emas daripada Public Gold
  1. Stok yang sentiasa ada (mempunyai kilang sendiri di Pulau Pinang)
  2. Harga yang jauh lebih rendah daripada harga di kedai emas
  3. Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya , bengkok asalkan beratnya masih sama.
  4. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-7%).
  5. Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24K).
  6. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.
  7. Mempunyai sistem ‘lock price’ 24 jam secara online.
credit kepada: http://www.inspirasiemas.com/?p=470

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons