Monday, October 18, 2010

Briefing Dengan First Timer

Saya baru balik berjumpa dengan bakal customer dari UKM. Terima kasih di atas masa yang diluangkan oleh anda.

Perbincangan berkisarkan kepada pelaburan dan kadar keuntungan. Pada permulaannya, mereka mendapat info pelaburan emas (Public Gold) ini adalah:

1.MLM (Multi-level Marketing)
2.Skim pelaburan emas
3.Akaun pelaburan emas
4.Agen Public Gold adalah sama dengan agen2 Public Mutual

Dan soalan dari mereka:

1.Jumlah pelaburan minimum
2.Keaslian emas
3.Bagaimana dapat dividen (banding dengan ASB)
4.Cara jual balik
5.Sijil
6.Kestabilan syarikat
7.Jaminan untung


Penerangan:

1. Public Gold adalah syarikat yang menjalankan perniagaan jual beli emas dan perak fizikal dalam bentuk jongkong,syiling, dan barang kemas.Public Gold tidak merekrut atau meminta agennya untuk mencari downline.Agen2 dibayar komisyen sebanyak 1.5% dalam setiap traksaksi.Ini bermakna tiada unsur2 penajaan (sponsoring) dalam melantik agen. Public Gold juga menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan jual beli emas pelaburan fizikal.



2. Kami tidak menawarkan produk dalam bentuk skim, anda bayar untuk beli emas, maka emas lah yang anda dapat, bukannya kertas atau buku akaun. Jika ianya skim pelaburan emas, pihak penganjur yang memegang emas anda dan penganjur akan membayar dividen kepada anda sama ada setiap bulan atau tahunan.Jika penganjur muflis atau melarikan diri, anda tidak dapat apa-apa. Ditekankan lagi disini bahawa Public Gold dan MyFineGold tidak menawarkan skim pelaburan emas, anda beli emas dan anda sendiri yang bertanggung jawab ke atas emas anda!

3. Public Gold tidak ada produk berupa akaun pelaburan emas. Jika anda inginkan pelaburan emas jenis ini, sila ke Maybank, Public Bank dan Kuwait Financing House untuk membuka akaun. Tapi anda harus ingat, anda bayar harga emas, tapi anda tak dapat emas (dapat buku akaun).

4.Agen Public Gold tidak sama dengan agen Public Mutual atau agen2 dari Unit Trust yang lain. Kami hanya menjual produk fizikal dari Public Gold dan bukannya menjual unit pelaburan seperti Unit Trust. Kami dibayar komisyen oleh syarikat berdasarkan prestasi jualan kami dan bukannya berdasarkan penajaan downline.

Jawapan kepada soalan:

1. Jumlah pelaburan minimum bersamaan dengan pembelian produk termurah Public Gold. 1 Dinar adalah produk termurah kami. Dengan pembelian 1 Dinar, anda telah memulakan pelaburan/simpanan anda.Anda kena ingat, anda sendiri yang memegang/menyimpan emas tersebut,bukannya kami.

2.Keaslian emas boleh dirujuk kepada sijil yang diberikan bersama produk Public Gold. Walaubagaimanapun, sijil itu boleh ditiru dan dicetak oleh sesiapa pun. Jika anda ragu-ragu dengan keaslian emas tersebut, anda boleh menguji ketulenan emas tersebut di office Public Gold sebelum anda mengambilnya atau anda boleh uji di mana-mana kedai emas berdekatan atau anda juga boleh cuba untuk megadaikan emas anda di mana-mana ar-rahnu.

3.Mengenai dividen pelaburan, ianya tidak sama dengan pembayaran dividen Unit Trust atau ASB. Keuntungan anda dikira dengan kadar kenaikan harga emas semasa. Jika anda membeli 20gram gold bar pada hari ini dengan harga RM3000, dan anda menyimpannya selama 2 tahun. Setelah 2 tahun anda dapati kenaikan harga emas telah mencapai 40%, maka anda boleh la menjualnya kembali kepada Public Gold atau kepada mana-mana agen Public Gold.Maka jumlah keuntungan anda selepas 2 tahun ialah RM1200 (40% kenaikan harga emas adalah anggaran saya, ia mungkin lebih). Pendek kata, lagi lama anda simpan,lagi besar keuntungan anda.

4.Cara jual balik emas anda sangat mudah, rujuk www.publicgold.com.my (harga WE BUY), pergi ke cawangan office Public Gold berdekatan anda dan anda di quotekan harga tersebut, dan syarikat akan membayar anda. Atau hubungi mana-mana agen, kami sedia membeli balik emas anda bila-bila masa saja.Harus diingat, beza harga jual dan harga beli Public Gold amatlah kecil (sekitar 5-6%) jika dibanding dengan kedai emas 15-25%!

5.Sijil yang dibekalkan bersama produk disahkan oleh badan independent (Assayer Office) bukannya dikeluarkan oleh Public Gold.

6.Kestabilan syarikat adalah baik, buktinya cawangannya boleh di lihat di seluruh Malaysia dan jumlah jualan emas oleh syarikat adalah sangat besar. Syarikat juga memiliki kilang emasnya sendiri di Pulau Pinang (bukan sekadar penjual emas, malah Public Gold adalah pengilang produk emas). Jika ditakdirkan Public Gold tidak lagi beroperasi, masih ramai lagi pembeli-pembeli emas persendirian di luar sana. Malah anda juga boleh menjualkan emas anda kepada Gold Exchange Company seperti Nusantara Bullion Exchange (www.nubex.com.my). Nubex bersedia membeli apa jua jenis emas tulen tak kira siapa pun pengeluarnya.Jalan terakhir menjual emas anda ialah dengan menjualkannya kepada kedai emas berdekatan anda. Emas akan sentiasa bernilai tak kira di mana jua anda berada.

7.Jaminan untung pelaburan emas ini boleh dkatakan terjamin jika anda melaburkan dalam jangka masa panjang (contohnya 1 tahun dan ke atas). Sila lihat graf harga emas di bawah:

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons