Saturday, February 11, 2012

Gold Ride - Ducati Monster 795 review

Kali ini entry tiada kena mengena dengan emas, tapi mengenai gaya hidup orang-orang emas. Ok, aku nak review mengenai jentera terbaru keluaran Ducati iaitu Ducati Monster 795 (edisi khas Asia) yang dipasang di Thailand. Dengan harga RM 59,900 tanpa cukai jalan..ianya boleh dikatakan jentera Ducati. Aku berpeluang memandu uji motor ini dan ini lah review dari aku.


Aku taknak bercerita mengenai spec motor ni kerana banyak blog telah mendedahkan spec teknikal jentera ini. Aku hanya ingin berkongsi pengalaman memandu uji motor ini.

Ketinggian motor ini adalah sangat bersesuai dengan jejaka-jejaka berketinggian 170sm ke bawah. Dilengkapi dengan enjin yang sama dari monster 796, ia mampu memberi pecutan segera tanpa was-was. Dilengkapi dengan 6 kelajuan dan menggunakan klac basah (wet clutch), ini telah menghilangkan sedikit trade mark dari Ducati yang awesome (dengan dry clutch) tapi wet clutch akan menjimatkan kos penyelengaran motor anda.

Boleh dibagi minum minima RON95, tak payah risau nak berbelanja besar untuk memberi binatang ini makan. Top speed motor ni hanya mencecah 190km/j sahaja.Kalau nak laju lagi sila dapat sportbike bukannya street bike atau naked bike. Handling motor ni memang superb, sangat responsif dan memang mantap kalau buat mencilok. Cuma ada sedikit gegaran pada low RPM (bawah 4k) dan ini adalah normal untuk motor yang pakai 2 silinder. Dari segi appearance lak, ducati kedekut nak bagi single seat cover dan windscreen, dan motor ini betul2 bogel.

ECU motor ini pulak aku tengok version EU, maksudnya fuel map dan kesesuaian persekitarannya adalah mengikut spec EU. Mengikut kata encik Ducati, 795 direka untuk asia, tanpa penyejukan cecair? ya..takde radiator bang oi.. tak panas ke?

Aku telah test tahap kepanasan tanpa radiator di kesesakan lalu lintas di lebuhraya LDP, temp meter hanya sampai tengah je..IMPRESSIVE!!!

Harga OTR termasuk insuran single rider lebih kurang 62k bang oiii.. mari kita lihat pakej menarik yang menjimatkan wang dari RHB bank. Blog ni kan mengenai penjimatan wang, so inilah tujuan entry ini ditulis.

Ni penjimatan interest hebat dari RHB Islamic, biasanya bank lain membiayai motor ini pada kadar interest 4.5% dan ke atas.


SPECIAL INTEREST RATE JUST FOR DUCATI MONSTER 795 (CKD) ONLY.

RHB ISLAMIC BANK

5YEARS
-INTEREST(2.99%)
-LOAN(75%)
-D/P(RM15,785)
-MONTHLY(RM901)

7YEARS
-INTEREST(3.88%)
-LOAN(80%)
-D/P(RM12,785)
-MONTHLY(RM757)

Mari kita tengok kos membela binatang ini pulak.

Ni hasil soal siasat dengan staff Naza...

1. berapa kos minor dan major service? 
minor servis adalah RM230 dan major servis adalah RM1200

2. harga part yang biasa kena tukar (sprokect, chain dan lain2)?
Harga bergantung pd parts. Contohnya kalau complete sprocket set RM600. bergantung pd brand.

3. labour
labour ni skit ja...RM30

4. warranty
warranty adalah 2 tahun unlimited KM

5. common issue
susah nk ckp, normally yg saya dpt dari customer ialah ok ja,ada yg complaint x laju sgt ...tu ja...hehe

6. lain2 yang perlu saya tahu
Ada bk parts yg bole upgrade. pakai dulu baru tau.

MAJOR SERVIS AKAN DIBUAT SETIAP 24,000KM. KOS ADALAH RM1200.

Mampu atau tidak nak beli? anda sendiri yang tentukan. Berbelanjalah dengan berhemah.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons