Tuesday, September 28, 2010

Analisis Harga Emas

Hari ni harga emas menurun sedikit, seperti minggu-minggu lepas, Isnin dan Selasa adalah hari dimana harga emas kerap dilihat turun dan berada pada tahap resistance. Harga emas pada masa entry ini ditulis ialah USD 1289 / Oz. Harga paling rendah pada hari ini ialah USD 1286 /Oz.

Pada saat ini adalah waktu yang sesuai untuk menyimpan stok emas anda kerana seperti kebiasaannya harga emas akan melonjak ke paras tinggi menjelang hari Jumaat. Pattern ini kelihatan akan jadi reverse pada masa-masa lepas dimana jika harga menurun pada hari Isnin-Selasa, maka harga akan naik pada hari Khamis dan Jumaat. Jika harga turun pada hari Khamis - Jumaat, kita boleh melihat kenaikan harga pada hari Isnin - Selasa.

Gambar dari Kitco.com (London Market sebagai rujukan sahaja, sila lihat NY Market untuk graf sebenar)

Data ini diambil dari NY Market untuk September 2010

September 2010:
6 Sept (Isnin) - USD 1245 /Oz
7 Sept (Selasa) - USD 1249 /oz
9 Sept (Khamis) - USD 1255 /oz
10 Sept (Jumaat) - USD 1244 /oz

13 Sept (Isnin) - USD 1245 /oz
14 Sept (Selasa) - USD 1248 /oz
16 Sept (Khamis) - USD 1265 /oz
17 Sept (Jumaat) - USD 1273 /oz

20 Sept (Isnin) - USD 1275 /oz
21 Sept (Selasa) - USD 1277 /oz
23 Sept (Khamis) - USD 1287 /oz
24 Sept (Jumaat) - USD 1292 /oz

27 Sept (Isnin) - USD 1295 /oz
28 Sept (Selasa) - USD 1286 /oz

Jika dilihat pada trend di atas, Isnin dan Selasa adalah hari yang paling sesuai untuk membeli emas buat masa ini. Trend ini dilihat berulang sepanjang tahun jika ia tidak seperti di atas, maka ia akan jadi vice-versa (Khamis - Jumaat murah).

sekian

p/s: ini adalah analisis peribadi saya

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons